KAMI JUGA MENERIMA ORDER DARI ANDA UNTUK MENDAPATKAN JEANS / APA SAHAJA BARANGAN BUKAN TERLARANG DARI JEPUN......

Perkhidmatan Membeli Jeans/Barang di Jepun

Foreign Telegraphic Exchange Rate :
100 yen = RM4.00 

Di bawah adalah cara bagaimana Order anda nanti akan di'invoice':

(a) Item price
(b) Japan Bank transfer charge
(c) Japan domestic shipping
(d) International shipping
(e) Total 1 = (a) + (b) + (c) + (d)

(f) Our Warehouse fee (7%) = 7% x (e)
(g) Total 2 = (e) + (f)

(h) Foreign Telegraphic transfer charge (4%) = 4% x (g)
(i) Total 3 = (g) + (h)

(j) JUC fee (2% only**) = 2% x (i)
     **minima RM30 sahaja.

>TOTAL@LAST PRICE = (i) + (j)

atau pengiraan secara ringkasnya adalah seperti berikut,
>TOTAL@LAST PRICE = (a+b+c+d) x 1.07 x 1.04 x 1.02

Contoh Pengiraan :

Katakan...
(a) Item price = 7700yen = RM300.30
(b) Japan Bank transfer charge = 200yen = RM7.80
(c) Japan domestic shipping = 500yen = RM19.50
(d) International shipping = 2100yen = RM81.90
(e) Total 1 = (RM300.30 + RM7.80 + RM19.50 + RM81.90) = RM409.50

(f) Our Warehouse fee = (7% x RM409.50) = RM28.67
(g) Total 2 = (e) + (f) = (RM409.50 + RM28.67) = RM438.17

(h) Foreign Telegraphic transfer charge = (4% x RM438.17) = RM17.53
(i) Total 3 = (g) + (h) = (RM438.17 + RM17.53) = RM455.70

(j) JUC fee = (2% x RM455.70) = RM9.11

>TOTAL@LAST PRICE = (i) + (j) = RM464.80

atau secara ringkasnya,

>TOTAL@LAST PRICE
= (RM300.30 + RM7.80 + RM19.50 + RM81.90) x 1.07 x 1.04 x 1.02
= RM464.80

Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan?


1. Anda cari jeans/apa-apa barang yang anda inginkan dalam mana-mana shopping website Jepun.
**anda boleh klik di sini untuk senarai antara famous shopping website di Jepun.
**anda boleh klik di sini untuk keywords nama-nama brands dalam bahasa Jepun.

2. Setelah anda menemui apa yang anda cari, anda copy/ambil address (link URL) barang tersebut dan berikan kepada kami.

3. Setelah mendapat link URL daripada anda, dan anda pun telah bersetuju untuk mendapatkan barang tersebut, buat Permulaan anda hanya perlu masukkan deposit ke dalam akaun Maybank kami berjumlah sebanyak harga barang tersebut + RM50**. Ini bagi membolehkan kami meng'order' barang tersebut untuk anda.
**RM50 ini adalah sebagai cagaran dikhuatiri anda melarikan/menghilangkan diri selepas membuat order. RM50 ini nanti akan dikembalikan kembali kepada anda atau anda boleh juga menggunakannya untuk menanggung sebahagian Pembayaran Kedua anda nanti.

4. Setelah wang dimasukkan, sila informkan kepada kami butir-butir peribadi anda (nama penuh, alamat, no.telefon & email) berserta sekali dengan bukti transaksi (tarikh, masa, sequence/trace number & lokasi transaksi).

5. Kami akan mengesahkan pembayaran anda. Setelah disahkan, kami akan terus meng'order' barang anda.

6. Setelah selesai meng'order', kami akan meminta seller supaya menghantar barang anda ke alamat warehouse kami di Tokyo. Di sini, kami akan repacking balik barang anda dan calculate kos untuk International Shipping barang anda dari Jepun ke alamat anda di Malaysia menggunakan Japan EMS. Jika anda inginkan penghantaran melalui FedEx atau lain-lain, sila request dan informkan kepada pihak kami.

7. Sekarang barang anda telah bersedia untuk diposkan kepada anda. Tetapi sebelum barang anda dilepaskan untuk International Shipping, kami akan menghantar Invoice kepada anda meminta supaya anda membuat Pembayaran Kedua terlebih dahulu. Pembayaran Kedua ini adalah pembayaran bagi kos (b) Japan Bank Transfer Charge, (c) Japan Domestic Shipping, (d) International Shipping, (f) Our Warehouse fee, (h) Foreign Telegraphic transfer charge dan juga (j) JUC fee. Sila lakukan Pembayaran Kedua ini dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh Invoice dikeluarkan. Jika selepas tempoh tersebut anda masih belum membuat pembayaran, barang anda akan dilupuskan tanpa budi bicara dan wang anda tidak akan dikembalikan. Harap Maklum dan Harap Maaf.

**Jika anda ingin membuat lebih daripada satu (1) pembelian barang dan ingin combined shipping semua barang anda itu dalam satu (1) shipment ke Malaysia bagi menjimatkan sedikit kos shipping, sila informkan awal-awal kepada pihak kami. Ini supaya pihak kami tidak mengeluarkan lagi Invoice, dan barangan anda layak untuk tempoh simpanan selama 30 hari dikira dari tarikh barang pertama anda sampai di warehouse kami di Jepun**.

8. Selesai Pembayaran Kedua dibuat dan disahkan, barang anda akan terus dilepaskan untuk International Shipping. Kami akan memberikan Tracking No. kepada anda untuk anda track/trace perjalanan/transit barang anda. Tempoh untuk barang sampai dari Jepun ke Malaysia biasanya mengambil masa dalam 1-4 minggu, bergantung kepada clearance pihak Kastam dan juga musim (perayaan, public holiday, etc.). Oleh itu, sila nantikan ketibaan barang anda di depan pintu rumah anda dengan penuh kesabaran dan dengan peace of mind. Namun jika anda ada apa-apa masalah atau pertanyaan, anda boleh sahaja menghubungi kami seperti di Contact Us. Insyaallah kami akan sedaya-upaya membantu anda.

Terima Kasih.



***Service Has Been Available***
Order Can Be Placed Now

No comments:

Post a Comment